Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam catat kehadiran 4.6 juta pelancong asing

    HANOI, 31 MEI – Vietnam menyaksikan 4.6 juta ketibaan antarabangsa dalam tempoh lima bulan pertama, lebih separuh daripada sasaran tahun ini iaitu lapan juta pengunjung tetapi hanya menyamai 63 peratus daripada tahap pra pandemik, lapor Vietnam News hari ini.

    Semasa tempoh tersebut, ketibaan warga asing ke Vietnam melalui laluan udara ialah sebanyak 88 peratus daripada jumlah keseluruhan, diikuti dengan laluan darat dengan 10.9 peratus dan laluan laut dengan 1.1 peratus, menurut Pejabat Statistik Am (GSO).

    Kebanyakan ketibaan dalam tempoh lima bulan pertama adalah dari Asia, dengan anggaran 74 peratus, disusuli dengan pelancong dari Eropah dan Amerika Syarikat (AS), menurut data.

    China memintas AS untuk menjadi pasaran terbesar kedua bagi pelancongan Vietnam semasa tempoh Januari hingga Mei, selepas Korea Selatan.

    Lebih 398,000 pelancong China tiba di Vietnam semasa tempoh itu, menurut GSO, dan menambah bahawa Korea Selatan kekal teratas dalam senarai ketibaan pelancong dengan lebih 1.3 juta pengunjung, manakala AS berada di kedudukan ketiga dengan 307,000 pengunjung.

    Pelancong China mencatatkan satu pertiga ketibaan antarabangsa ke Vietnam pada 2019, setahun sebelum pandemik.

    Ketika kerajaan meningkatkan usaha untuk merangsang pelancongan bagi mengembangkan pertumbuhan ekonomi, industri pelancongan Vietnam terus menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

    Penggubal undang-undang dijadualkan akan mengundi rang undang-undang pada bulan hadapan, di mana pengembara asing dibenarkan untuk berada di negara itu selama 90 hari dengan permohonan visa elektronik. – Xinhua

    Sepasang pelancong memasuki sebuah kedai di Hanoi. Vietnam menyaksikan 4.6 juta ketibaan antarabangsa dalam tempoh lima bulan pertama. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda