Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam catat kerugian lebih AS$330 juta akibat Taufan Matmo

    HANOI, 14 OKT – Kerugian yang disebabkan oleh Taufan Matmo di Vietnam dianggarkan melebihi 8.7 trilion dong Vietnam (kira-kira AS$330.3 juta) setakat pagi kelmarin, menurut agensi berita Vietnam yang memetik Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Daik Vietnam.

    Wilayah utara Thai Nguyen mencatat kerugian paling besar, dianggarkan sebanyak 4 trilion dong Vietnam (kira-kira AS$151.9 juta).

    Perdana Menteri, Pham Minh Chinh pada Ahad meluluskan pakej tambahan bantuan kecemasan bernilai 400 bilion dong Vietnam (kira-kira AS$15.2 juta) daripada rizab belanjawan pusat untuk empat wilayah iaitu Thai Nguyen, Cao Bang, Lang Son dan Bac Ninh bagi membantu menangani kesan banjir baru-baru ini, lapor akhbar tempatan VnEconomy.

    Minggu lepas, Perdana Menteri memperuntukkan 140 bilion dong Vietnam (sekitar AS$5.3 juta) kepada wilayah yang sama.

    Menurut kemas kini terbaharu dari pihak berkuasa, banjir yang dicetuskan oleh Taufan Matmo setakat ini meragut 16 nyawa dan mencederakan 15 yang lain. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda