Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam, China setuju reda pertikaian Laut China Selatan

    HANOI, 14 OKT – Vietnam dan China bersetuju meredakan ketegangan dalam pertikaian mereka terhadap Laut China Selatan, lapor media negara Vietnam kelmarin.

    Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh; dan Perdana Menteri China, Li Qiang, yang mengadakan lawatan ke negara tersebut bertukar pendapat secara terbuka mengenai isu maritim pada pertemuan di Hanoi, kata media negara Vietnam.

    “Mereka komited untuk mengawal perbezaan dengan secukupnya,mengelakkan tindakan yang merumitkan keadaan, dan bersama-sama mengekalkan kestabilan di laut,” kata akhbar Bao Chinh Phu.

    Pemimpin tertinggi Vietnam, To Lam dan Li, bersetuju Sabtu lalu untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dan ekonomi, lapor media negara Vietnam.

    Hanoi akan memudahkan lebih banyak pelaburan berteknologi tinggi China di Vietnam, dan Beijing akan mengukuhkan akses pasaran untuk produk pertanian Vietnam, kata akhbar Nhan Dan.

    Pada mesyuarat Sabtu lalu, Lam mengesa kedua-dua pihak untuk mengurus dan menyelesaikan perbezaan dengan lebih baik dalam isu maritim, kata akhbar itu.

    Lam memegang jawatan awal Ogos sebagai setiausaha agung berikutan kematian pendahulunya, Nguyen Phu Trong. – AFP

    To Lam (kanan) dan Li berjabat tangan sebelum pertemuan mereka di Jawatankuasa Pusat Parti di Hanoi pada 12 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda