Monday, December 23, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam dan Cuba perkukuh hubungan

    HANOI, 27 SEPT – Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel, mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Vietnam, To Lam di Havana kelmarin, dengan kedua-dua negara menandatangani beberapa perjanjian dua hala semasa lawatan tersebut.

    “Dunia telah menyaksikan banyak perubahan, tetapi persahabatan dan perpaduan antara Vietnam dan Cuba tidak akan pernah berubah,” kata To Lam, 67, yang dipetik oleh presiden Cuba di X.

    Kedua-dua presiden itu melawat pelabuhan komersial Mariel, sebuah zon perdagangan bebas kira-kira 60 kilometer dari ibu negara, tempat beberapa syarikat Vietnam beroperasi, lapor akhbar rasmi.

    Cuba dan Vietnam adalah antara lima negara di seluruh dunia yang masih ditadbir oleh Parti Komunis tunggal. Namun, kedua-dua negara adalah berbeza di mana Hanoi telah meliberalisasikan ekonominya manakala Havana belum. – AFP

    Miguel Diaz-Canel dan To Lam bergambar ketika mereka menandatangani perjanjian dua hala di Revolution Palace di Havana pada 26 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda