HANOI, VIETNAM, 8 JUN – Vietnam meluluskan perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) hari ini yang dijangka akan merangsang sektor pengeluaran dan eksport negara, tatkala ia berpulih daripada impak pandemik koronavirus.Penggubal undang-undang meluluskan perjanjian dalam sesi Perhimpunan Negara sejak pandemik bermula.
Perjanjian itu ditandatangani di Hanoi pada Jun lalu dan disahkan oleh Parlimen Eropah pada Februari.
Apabila ia berkuat kuasa pada bulan depan, EU akan membatalkan tarif 85 peratus yang dikenakan ke atas barangan Vietnam, menghapus duti selebihnya secara beransur-ansur dalam tempoh tujuh tahun akan datang. – AP
