Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Vietnam, Filipina sepakat tingkat keselamatan maritim

    HANOI, 30 JAN – Vietnam dan Filipina hari ini bersetuju untuk meningkatkan kerjasama pengawal pantai di Laut China Selatan, ketika Manila bertelagah dengan Beijing berhubung terumbu karang yang menjadi pertikaian hangat.

    China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan tetapi Filipina, Vietnam dan beberapa negara lain menuntut pelbagai pulau, pulau kecil, terumbu dan beting di laluan air strategik yang penting itu.

    Semasa lawatan negara hari ini, Presiden Filipina, Ferdinand Marcos menandatangani dua perjanjian dengan Vietnam, bersetuju untuk menubuhkan talian komunikasi dan bekerjasama dengan jawatankuasa pengawal pantai untuk membincangkan isu-isu bersama.

    “Memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama maritim itu bertujuan untuk mengukuhkan persefahaman, saling mempercayai dan keyakinan antara kedua-dua pihak,” kata pejabat Marcos dalam satu kenyataan.

    Awal bulan ini, China mengadakan latihan ketenteraan di Laut China Selatan ketika Amerika Syarikat dan Filipina menjalankan latihan bersama mereka sendiri di perairan yang sama.

    Latihan itu berikutan ketegangan selama sebulan antara China dan Filipina berhubung terumbu karang yang dipertikaikan di kawasan itu, yang menyaksikan perlanggaran antara kapal dari kedua-dua negara dan kapal China meletupkan meriam air ke atas bot Filipina.

    Terdapat langkah diplomatik untuk meredakan ketegangan, dengan pegawai China dan Filipina mengadakan perbincangan dua minggu lalu, dan hari ini Marcos menggesa untuk mengadakan lebih banyak rundingan. – AFP

    Marcos Jr dan Presiden Vietnam, Vo Van Thuong menghadiri majlis sambutan di Istana Presiden di Hanoi pada 30 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...