Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam, Filipina tandatangani persetujuan perdagangan beras

    HANOI, 7 SEPT – Vietnam dan Filipina bersetuju untuk menandatangani perjanjian import beras bagi menjamin keselamatan makanan, kata Hanoi hari ini, selepas harga makanan asasi dunia itu melonjak ke paras tertinggi bulan lalu.

    Pengumuman itu muncul selepas pertemuan antara Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh dan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr di luar sidang kemuncak ASEAN di Indonesia minggu ini.

    “Kedua-dua pihak bersetuju untuk membincangkan dan menandatangani perjanjian antara kerajaan mengenai kerjasama perdagangan beras untuk sama-sama memastikan objektif keselamatan makanan di tengah-tengah perkembangan rumit rantaian bekalan makanan global baru-baru ini,” menurut satu kenyataan di laman web rasmi kerajaan Vietnam hari ini.

    Perjanjian itu akan berlangsung selama lima tahun dan akan menyaksikan Vietnam mengeksport beras ke Filipina, menurut kenyataan dari istana presiden Filipina.

    Marcos berkata perjanjian itu ‘akan menstabilkan bekalan dan harga beras di Filipina di tengah-tengah ketidaktentuan semasa’, tambah kenyataan itu. – AFP

    Penjual menjual beras di pasar Bandar Quezon, Filipina pada 6 September. Filipina dan Vietnam bersetuju menandatangani perjanjian import beras selepas harganya semakin melonjak. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda