Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Vietnam gesa pemantauan ketat di pintu sempadan

    HANOI, 19 JAN – Kementerian Kesihatan Vietnam menggesa pihak berkuasa tempatan untuk memperketat penyeliaan perubatan di pintu sempadan di tengah-tengah peningkatan perjalanan dan pertukaran perdagangan menjelang Tahun Baharu Cina, lapor media hari ini.

    Di tengah-tengah kebangkitan semula COVID dengan varian baharu dan peningkatan jumlah kes influenza di banyak negara, Jabatan Am Perubatan Pencegahan di bawah Kementerian Kesihatan telah menggesa pusat kawalan penyakit antarabangsa di kawasan setempat untuk sentiasa mengemas kini perkembangan wabak dengan melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya di pintu sempadan.

    Pusat-pusat tersebut telah diminta untuk memantau dengan ketat, mendiagnosis awal dan mengkuarantin mereka yang mempunyai gejala yang disyaki di pintu sempadan, terutamanya semasa cuti.

    Di Vietnam, iklim di utara memudahkan penyebaran beberapa penyakit berjangkit, terutamanya pernafasan. Dalam tempoh dua minggu lalu, hospital di Hanoi telah menerima pesakit dari semua peringkat umur, kebanyakannya selesema, ada yang sehingga memerlukan alat pengalihan udara, lapor VnExpress. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...