Saturday, April 5, 2025
27.9 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Vietnam kurangkan duti import elak tarif AS

HANOI, 1 APR – Vietnam mengumumkan pemotongan duti import ke atas pelbagai barangan termasuk kereta, gas cecair dan beberapa produk pertanian, di tengah-tengah kebimbangan mengenai kemungkinan tarif baharu dari Amerika Syarikat (AS).

Pengumuman iru dibuat selepas Perdana Menteri Pham Minh Chinh menyatakan bulan lalu bahawa kerajaan sedang mengkaji semula kadar levi bagi menggalakkan peningkatan import dari AS.

Defisit perdagangan Washington dengan Vietnam adalah yang ketiga tertinggi selepas China dan Mexico, menimbulkan kebimbangan bahawa Hanoi mungkin menjadi sasaran tarif baharu oleh Presiden Donald Trump, yang telah menggoncang pasaran global.

“Bermula 31 Mac 2025, barangan tertentu seperti kereta, kayu, etanol, paha ayam sejuk beku, pistachio, badam, epal segar, ceri, kismis dan lain-lain akan dikenakan kadar duti import keutamaan yang baharu,” menurut kenyataan rasmi portal kerajaan malam kelmarin.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa duti import bagi sesetengah jenis kereta akan dikurangkan sebanyak separuh, manakala kadar cukai untuk gas asli cecair (LNG) akan diturunkan daripada lima peratus kepada dua peratus. – AFP

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda