HANOI, 31 DIS – Pihak berkuasa Vietnam hari ini mengesahkan 14 lagi jangkitan COVID-19 daripada varian Omicron, membawa jumlah jangkitan varian itu kepada 15, agensi berita Vietnam melaporkan.
Pesakit semuanya warga Vietnam yang baru-baru ini tiba di wilayah tengah Quang Nam dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Mereka kini sedang dikuarantin sejajar dengan protokol ditetapkan pihak berkuasa kesihatan dan dalam keadaan stabil, menurut agensi berita.
Selasa lalu, Vietnam melaporkan jangkitan pertama varian Omicron dari warganya yang baru kembali dari Britain dan segera dikuarantin sebaik sahaja tiba di ibu negara, Hanoi.
Menjelang Khamis, Vietnam mengesahkan sejumlah 1,714,742 jangkitan COVID-19, dengan 1.7 juta kes dikesan dalam gelombang semasa dicetuskan varian Delta sejak April, menurut kementerian kesihatan negara itu. – Xinhua
