Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam lapor 4,271 kes dalam seminggu

    HANOI, 4 OGOS – Vietnam mencatat 4,271 jangkitan baharu COVID-19 untuk tempoh 7 malam (3 Ogos) hingga 6 pagi (4 Ogos), termasuk empat kes import, menurut Kementerian Kesihatan, lapor VNA.

    Bandaraya Ho Chi Minh, kawasan penularan terbesar di negara itu dengan jumlah keseluruhan mencecah 174,461 setakat 4 Ogos, termasuk 2,328 kes import. Sebanyak 50,830 pesakit telah pulih.

    Pada 3 Ogos, Vietnam telah memberikan 405,884 dos vaksin COVID-19, meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 7.29 juta. Sebanyak 744,331 lagi penduduk sudah lengkap dua dos.

    Pada tarikh sama, Vietnam menerima 415,000 dos vaksin AstraZeneca yang disumbangkan United Kingdom. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda