HANOI, 13 JULAI – Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh, mengarahkan pihak berkuasa Hanoi supaya melaksanakan larangan terhadap penggunaan semua motosikal berkuasa bahan api fosil di kawasan pusat bandar yang terletak dalam Lingkaran Jalan 1 (Ring Road 1), berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026.
Langkah itu adalah sebahagian daripada pelan nasional untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar yang semakin serius, khususnya pencemaran udara dan air di bandar-bandar utama.
Menurut agensi berita Vietnam (VNA), kualiti udara di Hanoi kadangkala tersenarai antara paling tercemar di dunia, manakala sungai-sungainya pula dilaporkan mengalami pencemaran air melebihi tahap selamat sejak sekian lama.
Sebagai sebahagian pelan jangka panjang, kerajaan merancang untuk meluaskan larangan secara berperingkat.
Menjelang 1 Jan 2028, semua motosikal akan diharamkan daripada memasuki kawasan dalam Ring Road 1 dan 2. Sekatan turut akan dikenakan terhadap penggunaan kereta persendirian yang menggunakan petrol. – Bernama
