Khamis, November 20, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam penjara dua bekas pegawai dalam kes perjudian AS$100 juta

    HANOI, 13 NOV – Mahkamah di Vietnam kelmarin telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap dua bekas pegawai yang didapati telah mempertaruhkan berjuta-juta dolar menggunakan nama warga asing palsu, dalam satu perbicaraan perjudian berprofil tinggi, lapor media kerajaan.
     
    Kedua bekas pegawai itu merupakan sebahagian daripada sindiket perjudian haram yang dikendalikan oleh warga Korea Selatan dalam sebuah hotel mewah di Hanoi yang melibatkan lebih daripada 140 orang, menurut pihak pendakwa.
     
    Sindiket itu dikatakan turut melibatkan bekas pegawai kerajaan dan parti komunis, selebriti serta ahli perniagaan, yang secara keseluruhan membuat pertaruhan melebihi dari AS$106 juta.
     
    Mesin slot, rolet dan bakarat di Kelab King yang bertempat di Hotel Pullman bertaraf lima bintang di bandar negara itu hanya dilesenkan untuk digunakan oleh warga asing kerana rakyat Vietnam kebanyakannya dilarang berjudi di bawah undang-undang.
     
    Namun, pendakwa mendakwa, penjudi Vietnam yang memasuki kelab itu diberikan kad keahlian dengan nama warga asing palsu untuk membolehkan mereka bermain. 
     
    Manakala, bekas naib pengerusi Jawatankuasa Rakyat Wilayah Phu Tho, Ho Dai Dung, yang mempertaruhkan lebih dari AS$7 juta dalam 95 sesi telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun setengah, lapor laman berita Dan Tri.
     
    Seorang lagi, bekas setiausaha parti bagi Bandar Hoa Binh, Ngo Ngoc Duc  yang mempertaruhkan AS$4.2 juta turut menerima hukuman penjara tiga tahun, menurut laporan itu. – AFP
     
    Gambar ini menunjukkan bahagian luar Mahkamah Rakyat Hanoi di Hanoi, Vietnam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda