HANOI, 11 APRIL – Vietnam sedang mempercepatkan usaha untuk memberi vaksin polio kepada kanak-kanak di tengah-tengah lonjakan global dalam varian virus polio, lapor agensi berita Vietnam hari ini.
Institut Kebersihan dan Epidemiologi Kebangsaan telah menggesa pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk memberikan vaksin polio kepada kanak-kanak, terutamanya mereka yang dilahirkan pada 2021 dan 2022, dua tahun ketika wabak COVID-19 berlaku.
Susulan daripada amalan penjarakan sosial untuk mengehadkan penularan COVID-19,
kadar imunisasi kanak-kanak untuk polio telah menurun ke tahap paling rendah dalam tempoh 20 tahun lalu. – Xinhua