Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam rampas 7 tan gading gajah

    HANOI, 20 MAC – Pihak berkuasa Vietnam merampas kira-kira 7 tan gading dalam salah satu tangkapan terbesar dalam rekod ketika negara itu meningkatkan usaha memerangi penyeludupan hidupan liar, lapor agensi berita Vietnam hari ini.

    Ini adalah kes penyeludupan hidupan liar terbesar yang pernah dipatahkan oleh pihak berkuasa kastam di bandar pelabuhan utara Hai Phong.

    Rampasan itu dibuat selepas tiga kontena disyaki, kata pegawai, kerana ia diisytiharkan dimuatkan dengan kacang tanah yang berasal dari Republik Angola, melalui Singapura, dan dituju ke Vietnam. Hasil pemeriksaan, pihak berkuasa menemui kargo haram berisi gading gajah haram seludup disembunyikan dalam kontena 20 kaki itu, lapor media tempatan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda