Saturday, February 22, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam rampas hampir setengah tan gading di pelabuhan

    HANOI, 3 FEB – Pihak berkuasa Vietnam telah merampas hampir setengah tan gading yang diseludup melalui laut, lapor media tempatan hari ini.

    Pihak berkuasa kastam dan pengawal pantai bandar utara Hai Phong menemui sebuah kontena yang membawa sejumlah 117 gading, seberat 490 kilogram, dicampurkan dengan tanduk-tanduk lembu ternakan import di pelabuhan antarabangsa Lach Huyen kelmarin, lapor Agensi Berita Vietnam.

    Dimaklumkan mengenai ketibaan barangan haram itu sejak awal Januari, pihak-pihak berkuasa bekerjasama menjalankan pengesahan berkaitan, menangkap kes dan menyiasat lanjut kes, lapor agensi berita tersebut.

    Vietnam telah mengharamkan perdagangan gading gajah sejak 1992. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda