HANOI, 4 APRIL – Vietnam hari ini melaporkan 48,717 kes baharu COVID, berkurangan 2,013 kes berbanding Ahad, menurut kementerian kesihatannya.
Jangkitan baharu dicatatkan di 62 kawasan di seluruh negara, termasuk 48,715 jangkitan tempatan dan dua kes import.
Hanoi kekal menjadi titik panas epidemik, dengan 5,868 kes baharu, diikuti wilayah tengah Dak Lak dengan 9,925 dan wilayah utara Bac Giang dengan 2,649 jangkitan.
Jangkitan itu membawa jumlah keseluruhan kepada 9,867,045 dan sebanyak 42,642 kematian.
Vietnam sudah mengalami empat gelombang koronavirus, komplikasi dan jangkitan yang tinggi.
Sehingga hari ini, ia telah merekodkan hampir 9.86 juta jangkitan tempatan sejak bermulanya gelombang semasa dalam April 2021, kata kementerian kesihatan. – Xinhua