Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam rekod 94,385 kes harian tertinggi

    HANOI, 28 FEB – Vietnam merekodkan kes harian tertinggi baharu sebanyak 94,385 jangkitan COVID-19 hari ini, membawa jumlah keseluruhan kepada 3.4 juta, menurut kementerian kesihatannya.

    Jangkitan baharu itu, meningkat sebanyak 7,395 berbanding Ahad, dikesan di 61 wilayah di seluruh negara, termasuk 94,376 jangkitan tempatan dan sembilan import.

    Ibu negara, Hanoi kekal sebagai titik panas epidemik dengan 12,850 kes hari ini, juga merekodkan kes harian tertinggi pernah dicatatkannya, diikuti wilayah Quang Ninh dengan 9,105 kes dan wilayah tengah Nghe An sebanyak 9,958 kes.

    Pada hari yang sama, pihak berkuasa turut merekodkan 28,095 kes COVID-19 dikesan awal sebelum ini di wilayah Quang Ninh.

    Jangkitan itu membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 3,443,485 dengan 40,252 kematian. Di seluruh negara, sebanyak 2,438,951 pesakit COVID-19 atau 71 peratus daripada jangkitan sudah sembuh.

    Lebih 193.6 juta dos vaksin COVID-19 sudah pun diberikan di negara itu, termasuk 176.9 juta suntikan bagi golongan berusia 18 tahun ke atas, kata kementerian.

    Vietnam setakat ini sudah melalui empat gelombang koronavirus yang berskala besar, komplikasi dan jangkitan. Setakat hari ini, ia sudah merekodkan jumlah keseluruhan jangkitan tempatan melebihi 3.4 juta sejak bermulanya gelombang semasa pada April 2021, kata kementerian kesihatan. – Xinhua

    Orang ramai mendapatkan suntikan vaksin di Hanoi. Vietnam merekodkan lebih 90,000 kes jangkitan harian COVID-19, kelmarin. – ANN/Vietnam News
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda