Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Vietnam sasar eskport buah-buahan penyumbang terbesaer ekonomi

    HANOI, 15 SEPT – Banyak buah-buahan yang ditanam di Vietnam telah berjaya memasuki pasaran bernilai tinggi dan mencabar, dan negara itu sentiasa berusaha untuk memastikan eksport buah-buahannya menjadi sebagai kuasa ekonomi.

    Kira-kira setengah abad lepas, keluarga di Vietnam hanya mampu bermimpi mempunyai makanan yang mencukupi, hidup dalam kesempitan selain makanan tidak seimbang. Ramai mungkin tidak terfikir bahawa pada suatu hari, mereka dapat menyediakan makanan yang mencukupi, berzat selain selamat.

    Negara di Asia Tenggara itu mengutip hampir AS$2 bilion hasil eksport buah-buahan dan sayur-sayuran sepanjang tujuh bulan pertama 2022, menurut agensi berita Vietnam (VNA).

    China merupakan pengimport terbesar produk Vietnam tahun ini. Walaupun penghantaran ke negara jiran itu menyaksikan penurunan ekoran peraturan yang lebih ketat ke atas makanan import, buah-buahan dan sayur-sayuran Vietnam mencatat pertumbuhan kukuh di pasaran utama lain seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jepun dan Australia.

    Banyak pengeksport kini beralih kepada pasaran Eropah kerana produk mereka tidak dikenakan cukai mengikut Perjanjian Perdagangan Bebas EU-Vietnam (EVFTA), dan pasaran ini menyaksikan permintaan yang semakin meningkat ke atas buah-buahan tropika dan sayur-sayuran, laporan agensi itu.

    Data Jabatan Kastam menunjukkan nilai perolehan eksport buah-buahan dan sayur-sayuran Vietnam ke Eropah pada 2021 sebanyak AS$303 juta, meningkat 17.4 peratus tahun ke tahun.

    Rundingan juga sedang dijalankan untuk menambah buah-buahan segar lain ke pasaran baharu.

    Bagi merebut peluang itu, ramai penduduk tempatan kini bersedia untuk membuka kawasan penanaman baharu.

    Wilayah Mekong Delta, Tien Giang, wilayah penanaman buah-buahan terbesar Vietnam, mahu meluaskan ladang bagi membantu menambah pendapatan dan eksport dalam kalangan peladang.

    Wilayah itu sudah banyak mengubah tanaman padi yang kurang berhasil kepada ladang buah-buahan bernilai tinggi, yang sesuai dengan air masin serta kemarau. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...