HANOI, 10 FEB – Vietnam telah melancarkan Tahun Keselamatan Jalan Raya 2023, yang bertujuan untuk mengurangkan jumlah tahunan kemalangan, kematian dan kecederaan sebanyak 5 peratus daripada 10 peratus, menurut laporan media hari ini.
Risiko kemalangan jalan raya akan menjadi tinggi sekiranya tiada penyelesaian drastik terhadap isu tersebut, lapor akhbar tempatan Vietnam News, memetik ucapan Menteri Pengangkutan, Nguyen Van Thang.
Dia memberitahu bahawa jumlah kenderaan dijangka akan meningkat tahun ini, memberikan lebih banyak cabaran untuk memastikan peraturan dan keselamatan jalan raya.
Khuat Viet Hung, Naib Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan, berkata usaha bagi memastikan keselamatan jalan raya pada 2022 tidak mencapai sasaran. Kurang kesedaran dan sumber manusia serta infrastruktur awam yang tidak mencukupi turut menyumbang kepada isu tersebut, katanya.
Thang meminta pihak berkuasa yang terlibat untuk mempercepatkan perkembangan dan memastikan kualiti projek dinaiktaraf serta memperbaiki infrastruktur jalan raya, mengetatkan pemeriksaan ke atas pengangkutan, dan meningkatkan pengurusan keselamatan jalan raya bagi pengangkutan perniagaan, lapor akbar tersebut. – Xinhua


