Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam sebagai magnet kepada pemain utama industri cip

    HANOI, 16 Ogos – Banyak syarikat telah meletakkan Vietnam sebagai ‘magnet’ atau besi berani yang menarik pemain-pemain utama dalam industri cip untuk beralih ke negara Asia Tenggara mencari bakat dan kos buruh yang kompetitif, media tempatan memetik Nikkei Asia hari ini.

    Ketersediaan pekerja teknologi dalam masa terdesak boleh membantu Vietnam mencapai salah satu impian yang telah lama dipegangnya, meningkatkan kedudukan negara itu dalam rantaian nilai teknologi, lapor Vietnam News.

    Marvell menyifatkan Vietnam sebagai lokasi strategik untuk pembangunan bakat kejuruteraan manakala Alchip Technologies, penyedia perkhidmatan reka bentuk cip AI terkemuka Taiwan sedang mengembangkan pasukan R&Dnya ke Vietnam, menurut artikel yang diterbitkan oleh Nikkei Asia baru-baru ini.

    Robert Li, naib presiden jualan Synopsys untuk Taiwan dan Asia Tenggara, memberitahu Nikkei Asia bahawa tahap minat yang tinggi di kalangan pelajar dan tenaga kerja Vietnam untuk dilatih dalam kejuruteraan semikonduktor ditambah dengan pembiayaan dan program kerajaan, membantu mewujudkan negara itu sebagai sebuah hab tenaga kerja yang berbakat dalam bidang semikonduktor.  – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda