Tuesday, December 24, 2024
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam terajui Asia Tenggara dalam produktiviti gula

    HANOI, 17 OKT – Industri gula Vietnam telah menerajui rantau Asia Tenggara dalam produktiviti gula buat kali pertama, menurut laporan Vietnam News yang memetik Persatuan Tebu dan Gula Vietnam hari ini.

    Menurut persatuan tersebut, hasil gula Vietnam untuk tanaman 2023-24 mencapai 6.79 tan per hektar, lebih tinggi berbanding pengeluar utama ASEAN lain seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.

    Melalui program kerjasama pemindahan teknologi dan pembiayaan antarabangsa, beberapa syarikat gula telah mula mencuba penyelesaian baharu Industri 4.0 daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Australia untuk mendigitalkan pengurusan kilang gula.

    Pengeluaran gula di seluruh negara telah meningkat selama empat tahun berturut-turut, dengan hasil tebu meningkat sebanyak 166 peratus dan pengeluaran gula sebanyak 161 peratus dalam tanaman 2023-24 berbanding dengan tanaman sebelumnya.

    Nguyen Van Loc, pengerusi persatuan tersebut, berkata kawasan penuaian tebu dan pengeluaran gula negara bagi tanaman 2024-25 dijangka akan terus meningkat berbanding tanaman sebelumnya. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda