Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam terima kumpulan pertama pelancong luar

    HANOI, 14 NOV – Pelancong antarabangsa pertama kembali ke Vietnam selepas hampir 20 bulan setelah negara Asia Tenggara itu menutup sempadannya bagi membendung penularan wabak.

    Dua buah penerbangan yang membawa lebih 400 warga Korea Selatan dan Jepun yang sudah melengkapkan vaksin sepenuhnya dari Seoul dan Tokyo pada Khamis ke bandar peranginan Nha Trang, menurut laporan media.

    Kawasan tersebut terkenal dengan golf, pantai yang menarik dan aktiviti menyelam serta hotel mewah.

    Penerbangan dibuat menjelang rancangan Vietnam untuk membuka semula pulau peranginan Phu Quoc kepada pengunjung asing yang sudah menerima vaksin pada 20 November – dengan harapan untuk mengalu-alukan sekurang-kurangnya 5,000 pengunjung dalam beberapa bulan akan datang.

    Pelancong luar yang ingin memasuki Vietnam mesti menunjukkan sijil vaksinasi COVID-19 dan keputusan ujian negatif COVID-19.

    Negara tersebut ingin memulihkan kembali ekonominya selepas berbulan-bulan melaksanakan perintah berkurung.

    Sempadannya telah ditutup bagi pengunjung antarabangsa sejak Mac tahun lalu dan hampir tiada sepenuhnya penerbangan komersial memasuki negara tersebut.

    Vietnam mendapat pujian meluas kerana berjaya mengawal penularan pandemik tahun lalu, dengan hanya puluhan kes koronavirus. – AFP

    Petugas di pulau peranginan membersihkan kawasan bagi menyambut kepulangan pelancong. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda