Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Vietnam tersenarai antara 20 lokasi terbaik

    HANOI, 17 OKT – Vietnam tersenarai antara 20 tempat terbaik untuk dikunjungi pada Januari, menurut artikel majalah pelancongan United Kingdom Wanderlust baru-baru ini.

    Menurut artikel itu, Vietnam berada di tangga kelapan dalam senarai, merupakan destinasi yang sesuai dilawati pada Januari. 

    Cuaca yang cerah – dengan hanya sedikit perbezaan di kawasan utara dan selatan.

    “Awda tidak akan pernah bosan dengan bandar Vietnam yang menawarkan pelbagai tarikan: Hoi An, Hanoi, Ho Chi Minh City dan Hue, bandar yang sesuai untuk peminat aktiviti berbasikal,” lapor agensi berita Vietnam (VNA) memetik artikel itu.

    Antara dalam senarai teratas Wanderlust ialah Norway diikuti Malé (Maldives) dan Los Angeles (Amerika Syarikat), Slovenia, Barbados, Laos dan Sungai Mekong, Nicaragua, Honduras serta El Salvador. – Bernama

    Pelancong menaiki bot di kawasan indah Tam Coc-Bich Dong di utara wilayah Ninh Binh, Vietnam. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -