Monday, July 14, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam tetapkan pendirian

    HANOI, 31 Julai – Vietnam konsisten dengan dasar anti senjata nuklearnya dan merupakan antara negara pertama yang menyokong, menandatangani dan memperakui Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear (NPT), kata Presiden Tran Dai Quang.

    Beliau berkata demikian ketika berucap kepada perwakilan di Persidangan Dunia ke-63 menentang Bom Atom dan Hidrogen di Hiroshima dan Nagasaki Jepun, bermula 2 hingga 10 Ogos, lapor agensi berita Vitenam (VNA), hari ini.

    “Sejak 63 tahun selepas persidangan dunia pertama menentang bom atom dan hidrogen pada tahun 1955, 10 tahun selepas serangan nuklear di Hiroshima dan Nagasaki, gerakan keamanan di seluruh dunia sedaya-upaya untuk melawan senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran.

    ‘’Usaha-usaha itu membuahkan hasil dan menyumbang kepada tercetusnya NPT pada 1968 dan Perjanjian Larangan Senjata Nuklear pada 2017,’’ katanya.

    Baru-baru ini pada 2018, Sidang Kemuncak Inter-Korea dan Sidang Kemuncak Amerika Syarikat-Korea Utara membuka lembaran positif untuk menangani isu nuklear di semenanjung Korea.

    Justeru katanya, Vietnam menaruh harapan tinggi terhadap gerakan kedamaian dunia untuk memprotes serta menghapuskan senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda