Monday, February 10, 2025
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam tolak laporan hak asasi manusia AS

    HANOI, 24 MAC – Vietnam menolak laporan hak asasi manusia Amerika Syarikat (AS) sebagai berdasarkan maklumat palsu.

    “Vietnam berasa kesal kerana laporan hak asasi manusia 2022 oleh Jabatan Negara AS telah membuat komen berat sebelah berdasarkan maklumat palsu tentang situasi sebenar di Vietnam,” kata timbalan jurucakap Kementerian Luar Negeri, Pham Thu Hang pada sidang akhbar di Hanoi, kelmarin.

    Beliau menegaskan semula dasar konsisten Vietnam untuk melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia.

    “Hak asasi dan kebebasan asasi manusia diiktiraf dalam Perlembagaan Vietnam, dilindungi dan digalakkan oleh dokumen undang-undang konkrit dan dilaksanakan secara realiti,” katanya.

    Beliau menambah bahawa Vietnam melihat manusia sebagai penggerak kepada
    pembaharuan dan pembangunan negara.

    “Vietnam telah berusaha keras untuk meningkatkan kehidupan dan hak rakyat untuk menikmati kehidupan tanpa ada yang tertinggal,” katanya.

    Pham Thu Hang menegaskan bahawa Vietnam tetap terbuka bagi “perbincangan membina dengan AS mengenai perkara di mana kedua-dua negara mempunyai pandangan berbeza untuk meningkatkan persefahaman dan menyumbang kepada pembangunan perkongsian komprehensif dua hala.” – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda