Sunday, December 29, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vijay Singh, Qass juara Kejohanan PNC

    ORLANDO, 19 DIS — Vijay Singh dan anaknya akhirnya berjaya memenangi Kejohanan PNC dalam penyertaan ke-16 mereka. Buat Tiger Woods, dia berpuas hati setelah dapat meluangkan hujung minggu bersama anak lelakinya dalam satu kejohanan di mana semua orang bergembira.

    “Saya berasa sungguh gembira dapat bersama ayah selepas berusaha keras untuk bermain di sini,” kata Charlie Woods yang berusia 13 tahun.

    Ia sesuatu yang lebih baik buat Singh, yang merupakan juara kejohanan utama tiga kali yang pertama kali bertanding dalam Kejohanan PNC pada tahun 2003 semasa anaknya, Qass baru berusia 13 tahun. Singh mengesahkan kemenangannya selepas membuat pukulan birdie untuk mencatatkan markah 59 dalam format scramble, sekali gus menjadi pasukan pertama dalam sejarah kejohanan yang mendapat markah sub-60 dalam kedua-dua pusingan.

    Mereka menamatkan permainan dengan 26-bawah 118 dan berjaya mengatasi penyandang juara, John Daly dan anaknya serta juara 2020, Justin Thomas dan ayahnya.

    “Inilah apa yang kami mahukan selama ini,” kata Qass, kini berusia 32 tahun dan bekerja di syarikat insurans.

    “16 tahun,” sampuk ayahnya.

    “Terlalu lama, tetapi akhirnya dapat juga. Jadi saya berasa teruja. Saya berasa sungguh gembira. Ini merupakan minggu yang paling baik. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya. Ini akan menjadi kenangan yang akan saya ingati selama-lamanya,” kata Qass. – AP

    Vijay Singh (kanan) dan anaknya, Qass, semasa pusingan pertama Kejohanan PNC di Orlando, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda