Saturday, December 21, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Villa kejutkan Bayern, ulangi kejayaan 1982

    BIRMINGHAM, 3 OKT – Aston Villa mengulangi kemenangan bersejarah mereka pada final Piala Eropah 1982 ke atas Bayern Munich apabila gol tunggal Jhon Duran berjaya menewaskan gergasi Jerman itu 1-0 awal pagi tadi.

    Penyerang Colombia itu menjaringkan gol selepas melihat Manuel Neuer keluar dari posisinya 11 minit sebelum perlawanan tamat menjadikan dua kemenangan daripada dua perlawanan untuk Villa dalam pengalaman pertama mereka di Liga Juara-Juara selepas 41 tahun.

    Bayern tiba di Villa Park dengan rekod tanpa kalah sejak Vincent Kompany mengambil alih sebagai pengurus.

    Namun pelawat terperangkap dengan perancangan Unai Emery apabila Duran menyambut hantaran jauh Pau Torres dan melepaskan rembatan ke arah Neuer dari jarak jauh.

    Putera William antara lebih 40,000 peminat Villa yang memberi sokongan kepada anak buah Emery untuk mengetepikan jurang besar dalam pengalaman Liga Juara-Juara antara dua kelab itu.

    Pewaris takhta Raja Britain itu antara yang mengucapkan tahniah kepada Emery dalam satu pertemuan selepas perlawanan.

    “Saya memberitahunya detik terbaik yang boleh kami harungi adalah hari-hari seperti hari ini,” kata Emery.

    “Saya tidak tahu sejauh mana (Villa boleh pergi) tetapi kami akan cuba menikmati setiap detik. Hari ini kami (akan) ingat bagaimana kami bermain, siapa yang kami lawan dan final Piala Eropah dari 42 tahun lalu. Ia adalah hari yang istimewa,” ujarnya.

    Hanya lima tahun lalu, Villa beraksi dalam divisyen dua bola sepak Inggeris, tetapi mereka menikmati kenaikan luar biasa sejak pengendali dari Sepanyol itu mengambil alih kurang dari dua tahun lalu. – AFP

    Jhon Duran ketika meraikan kemenangan di Villa Park di Birmingham, England, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda