LONDON, 30 SEPT – Aston Villa mengumumkan bahawa mereka telah mendapatkan khidmat pemain tengah Ross Barkley menerusi perjanjian pinjaman selama semusim dari Chelsea.
Pemain berusia 26 tahun itu telah membuat tiga penampilan dalam skuad bimbingan Frank Lampard musim ini dan turut menjaringkan satu gol.
Pengurus Villa, Dean Smith berkata, “Mendapatkan seorang pemain berkualiti seperti Ross adalah kejayaan terbesar buat kelab ini dan saya yakin dia akan berjaya dan meningkatkan pasukan kami.” Pemain kebangsaan England itu tiba di Stamford Bridge pada Januari 2018 dari Everton.
Dia tidak akan dapat diturunkan bagi perlawanan Piala Liga esok dalam kunjungan ke Stoke, selepas membuat penampilan dalam kejohanan tersebut untuk Chelsea musim ini.
Pasukan Dean Smith berjaya memenangi dua perlawanan awal Liga Perdana Inggeris dan Barkley mungkin akan diturunkan dalam penampilan sulungnya menentang Liverpool pada Ahad nanti. – AFP