Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Villa sambar Coutinho secara pinjaman

    LONDON, 7 JAN – Philippe Coutinho telah melengkapkan perpindahan ke Aston Villa secara pinjaman sehingga penghujung musim dari Barcelona, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab Liga Perdana Inggeris, hari ini.

    Pemain perancang Brazil berusia 29 tahun itu berpindah ke Nou Camp dari Liverpool pada 2018 dengan yuran perpindahan sebanyak 142 juta pound, namun dia bergelut untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasukan dan menghabiskan musim 2019/2020 dipinjamkan ke Bayern Munich.

    Dia berjaya memenangi trofi Liga Juara-Juara bersama kelab Jerman tersebut, yang menundukkan Barcelona pada pusingan suku akhir kejohanan itu.

    Pemain tengah itu akan kembali disatukan dengan pengurus Aston Villa, Steven Gerrard, yang mana mereka pernah beraksi bersama pasukan Liverpool.

    “Aston Villa dan FC Barcelona telah bersetuju dengan terma bagi Philippe Coutinho yang dipinjamkan sehingga penghujung musim ini ke Villa Park,” tambah kenyataan ringkas dikeluarkan oleh Villa.

    “Perjanjian, yang tertakluk kepada pemain untuk melengkapkan ujian perubatan dan permit pekerjaan, termasuk pilihan untuk membeli secara kekal dan Philippe akan terbang ke Birmingham dalam masa 48 jam akan datang.”

    Villa, yang menduduki tangga ke-13 di Liga Perdana Inggeris selepas mencatat tiga kekalahan daripada empat perlawanan berikutan permulaan hebat di bawah kendalian Gerrard, yang mengambil tugasan sebagai pengurus di Villa Park pada November. – AFP

    Philippe Coutinho akan menyertai Aston Villa dari Barcelona secara pinjaman sehingga akhir musim ini.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...