Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Villa terus cemerlang

    LONDON, 29 SEPT – Aston Villa meneruskan permulaan cemerlang musim Liga Perdana Inggeris selepas jaringan dari Jack Grealish, Conor Hourihane dan Tyron Mings membenam Fulham, yang bergelut untuk menyesuaikan diri selepas kembali ke liga utama, 3-0 kelmarin.

    Pasukan kendalian Scott Parker kini dibolosi 10 gol dalam tiga perlawanan pembukaan mereka yang masih belum mencatat sebarang mata dan cara mereka bertahan tidak akan memberikan mereka peluang untuk mencari rentak dalam permainan ketika mereka ketinggalan 2-0 selepas 15 minit perlawanan berlangsung.

    Bola hantaran John McGinn membolehkan Grealish melepaskan diri dari kawalan pemain pertahanan Fulham dan pemain kebangsaan England meledak gol dari sudut yang sempit.

    McGinn sekali lagi mencipta nama selaku pencipta gol untuk jaringan kedua Villa selepas dia membuat hantaran kepada Hourihane untuk menyudahkan keputusan di bahagian penjuru gawang.

    Kecuaian pemain pertahanan Fulham membenarkan Mings menyambut bola hasil sepakan percuma yang dilakukan oleh Hourihane tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama dan apabila Fulham cuba untuk membalas serangan, VAR telah menangkis usaha mereka itu.

    Bobby Decordova-Reid membuat rembatan selepas kesilapan dilakukan oleh penjaga gol Villa, Emiliano Martinez yang bermain dalam perlawanan keduanya selepas berhijrah dari Arsenal dengan bayaran sebanyak 20 juta pound.

    Walau bagaimanapun, Aleksandar Mitrovic dipersalahkan mengasari Ezri Konsa selepas tinjauan VAR.

    Kemenangan tersebut melonjakkan kedudukan Aston Villa ke tangga ke-4 di Liga Perdana Inggeris. – AFP

    Aksi Jack Grealish menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Fulham. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda