Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Villarreal ikat Atletico Madrid

    MADRID, 30 OGOS – Juara bertahan Atletico Madrid terlepas peluang untuk menguasai carta liga namun bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali untuk mengikat Villarreal 2-2 hasil dari gol sendiri lawan.

    Pada minit kelima waktu kecederaan, hantaran belakang dari pemain Villarreal, Aissa Mandi menyebabkan penjaga terkedu dan bola melepasi kawalan untuk membolehkan Atletico membawa pulang satu mata. Sebelum itu, Barcelona meraih kemenangan 2-1
    ke atas Getafe dengan Memphis Depay muncul sebagai wira Barca.

    Manu Triguera membuka gol buat pelawat ke arah penjuru gol pada minit ke-52 namun Luis Suarez (gambar) berjaya menyamakan kedudukan.

    Arnaut Danjuma meletakkan pelawat di hadapan sekali lagi sebelum kesilapan yang dilakukan pada saat akhir itu membolehkan Atletico meraih tujuh mata dari tiga perlawanan. “Ini adalah satu kegembiraan kerana tidak tewas dalam perlawanan dan kami berada di landasan yang betul.

    “Ia perlawanan yang tidak adil tetapi perlawanan boleh menjadi seperti itu. Ia adalah perlawanan terbaik kami setakat ini,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeoene.

    Real Madrid kini mendahului carta liga namun Sevilla, Valencia, Barcelona, Mallorca dan Atletico masing-masing mengumpul tujuh mata. Danjuma kemudiannya meletakkan Villarreal 2-1 pada minit ke-74. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda