Friday, October 11, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Villarreal melonjak ke tangga ketiga

    VILLARREAL, 1 OKT – Villarreal meneruskan permulaan cemerlang mereka dalam saingan La Liga musim ini dengan kemenangan 3-1 ke atas Las Palmas awal pagi tadi sekali gus melonjakkan pasukan ke tangga ketiga liga.

    Walaupun kehilangan penjaring terbanyak mereka, Ayoze Perez, yang mengalami kecederaan, skuad Yellow Submarine tetap mempamerkan prestasi mengagumkan di hadapan penyokong sendiri, setelah tewas 5-1 kepada Barcelona pada hujung minggu lalu.

    Nicolas Pepe membuka jaringan buat pasukan tuan rumah sebelum rehat, hasil daripada gerakan mantap oleh rakan penyerangnya, Thierno Barry. Bagaimanapun, Fabio Silva berjaya menyamakan kedudukan untuk Las Palmas kira-kira seminit selepas separuh masa kedua bermula. Namun, Barry segera mengembalikan kelebihan Villarreal dengan tandukan hasil hantaran silang Alex Baena.

    Pemain antarabangsa Sepanyol, Baena, sekali lagi memainkan peranan penting dengan menambah gol ketiga menerusi serangan pantas di sebelah kanan, sebelum menamatkan perlawanan dengan jaringan terakhir pada masa kecederaan.

    Skuad kendalian Marcelino Garcia Toral kini hanya ketinggalan satu mata di belakang Real Madrid di tempat kedua dan empat mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona. – AFP

    Reaksi Baena meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya di Estadio de la Ceramica, baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda