Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Villas-Boas, Hulk pula kena gara-gara kes Oscar

    SHANGHAI, 30 Jun – Jurulatih Shanghai SIPG Andre Villas-Boas (gambar bawah, kiri) dan penyerang Brazil Hulk (gambar bawah, kanan) digantung dalam dua perlawanan Liga Super China pada hari ini selepas mereka membantah terhadap pengharaman lapan perlawanan yang dikenakan ke atas pemain midfield Oscar disebabkan pergaduhan besar.

    Melanjutkan apa yang telah menjadi musim sukar untuk bakat bola sepak import baru China, Villas-Boas dilarang daripada mengeluarkan “komen tidak bertanggungjawab” di media sosial, sementara Hulk digantung kerana memakai kemeja-T menyokong Oscar.

    Pemain antarabangsa China Wu Lei juga dikenakan pengharaman dua perlawanan kerana memakai kemeja-T sama dengan Hulk yang mempunyai perkataan “Tidak Ada Apa-Apa untuk Dilakukan, Tidak Ada Apa-Apa untuk Dikatakan,” selepas kekalahan SIPG 4-0 di tangan Henan Jianye pada Ahad.

    Frasa itu telah menjadi slogan selepas Oscar memakai kemeja-T dengan perkataan sama sebelum lapan perlawanannya kerana mencetuskan pergaduhan ketika SIPG menentang Guangzhou R&F baru-baru ini.

    Persatuan Bola Sepak China juga mendenda Hulk dan Wu 50,000 yuan setiap seorang, manakala SIPG menerima denda berjumlah 100,000 yuan dan satu amaran disebabkan kontroversi tersebut. – AFPNEW boas_01717

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda