Fast & Furious 9 akan menjadi salah satu filem blockbusters terbesar musim panas pada tahun 2020. Treler pertama dikeluarkan di The Road to F9 acara bagi peminat dan konsert di Miami pada 31 Januari lalu. Sesuatu yang tidak sangkal lagi, francais filem ini berjaya lagi diterbitkan dengan aksi Dom, Letty, Roman, Tej, Mia, dan banyak lagi yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat dalam siri kesembilan ini.
Tiada siapa yang dapat melepasi masa lalu – menurut Dom. Kali ini keluarga ini akan menghadapi musuh yang baru dalam Fast 9. Dia seorang pencuri, pembunuh, dan pemandu berprestasi tinggi. Dia juga merupakan adik kepada Dom, Jacob (John Cena). Pada penghujung treler filem ini memaparkan kembalinya Han (Sung Kang) yang digambarkan telah meninggal dalam Fast & Furious 6 tetapi secara pastinya dia hidup dalam Fast 9 ini.
Merujuk pada teaser pertama yang disiarkan melalui dalam talian, Dom (Vin Diesel) dan Letty (Michelle Rodriguez) kini menjadi ibu bapa kepada Brian, yang dinamakan sempena nama sahabat Dom, yang dilakonkan oleh Paul Walker.
“Perkara berubah sekarang bahawa saya sudah menjadi bapa,” kata Dom dalam teaser tersebut. “Saya tidak boleh menjalani hidup saya satu per empat batu seperti ketika dahulu lagi.” Letty memberikan kalung kepada Brian yang diberikan oleh Dom kepadanya. Dia mengatakan ia merupakan “perlindungan untuk apa yang akan datang.”
Pelakon lain yang dinanti kembali termasuk Tyrese Gibson, Jordana Brewster, Chris “Ludacris” Bridges, Nathalie Emmanuel, Helen Mirren, dan Charlize Theron. Ahli pelakon baharu yang turut mengikuti filem ini iaitu Michael Rooker dan peninju UFC Francis Ngannou. Bagi watak Shaw (yang dilakonkan oleh Jason Statham) dan Hobbs (Dwayne Johnson) tidak akan muncul dalam filem Fast 9 ini.
Vin berkongsi mesej dalam akaun Instagramnya pada 18 Januari lepas tentang betapa bermaknanya keluarga Fast. “Berterima kasih kepada seluruh keluarga Fast, termasuk Universal … siapa yang selama dua dekad yang lalu telah menjadi sebahagian daripada saga yang luar biasa ini,” katanya. “Yang paling penting saya berterima kasih kepada anda semua yang sentiasa ada bersama kami sepanjang masa. Kami berharap dapat membuat anda bangga. ” – Agensi
