Vinales segera tinggalkan Yamaha

PARIS, 20 OGOS – Maverick Vinales akan meninggalkan pasukan MotoGP, Yamaha dengan segera berikutan perselisihan antara kedua-dua pihak, kata pengeluar Jepun itu dalam satu kenyataan hari ini.

Setelah GP Belanda pada akhir bulan Jun, pasukan mengumumkan bahawa pelumba Sepanyol itu telah menandatangani kontrak bersama Aprilia musim depan, akan menamatkan kontraknya dan meninggalkan Yamaha pada akhir musim.

Namun, diikuti oleh masalah di Styrian GP yang menyebabkan Vinales digantung dan terlepas GP Austria.

“Setelah GP Belanda diumumkan bahawa Yamaha dan Maverick Vinales memutuskan untuk menamatkan kontrak 2021-2022 dengan lebih awal pada akhir musim MotoGP ketika ini,” kata Yamaha.

“Berikutan peristiwa baru-baru ini di Styrian GP dan setelah dipertimbangkan oleh kedua belah pihak, keputusan bersama dicapai untuk dipisahkan dengan serta merta.”

Pelumba berusia 26 tahun itu, yang memenangi pembuka musim di Qatar dan kini berada di tempat ketujuh dalam kejuaraan dunia, digantung oleh Yamaha dari GP Austria kerana disyaki cuba merosakkan motosikalnya di Styrian GP seminggu sebelumnya. – AFP