Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Vincent-Amir raih emas buat skuasy Kelantan

    KUALA LUMPUR, 23 SEPT – Gandingan Vincent Jones Wee Ming Hock-Amir Amirul Azhar melakar sejarah apabila menyumbang emas pertama buat Kelantan dalam acara skuasy beregu lelaki Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 hari ini.

    Lebih bermakna, Vincent, 22 dan Amir Amirul, 19, mengejutkan pemain kebangsaan Ong Sai Hung-Hafiz Zharif Abdul Harif yang mewakili Kedah dengan 11-9, 5-11, 11-9 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.

    Walaupun kedua-dua pemain itu lebih fokus dalam acara perseorangan dan jarang beraksi dalam kategori beregi di peringkat tinggi, Amir Amirul berkata persiapan lebih setahun membantu mereka mengatasi pasangan pilihan kedua.

    “Kita tidak fikir banyak, hanya menampilkan aksi sebaik mungkin. Edisi lepas di Perak, kami terpaksa pulang tangan kosong, jadi mahu memberikan emas pertama buat Kelantan kali dan berjaya melakukannya.

    “Kejayaan ini pastinya meningkatkan keyakinan kami untuk kejohanan akan datang yang lebih mencabar dan tahap lebih tinggi,” kata Amir Amirul kepada pemberita.

    Pingat gangsa menjadi milik wakil Negeri Sembilan, Darren Rahul Pragasam-Sanjay Jeeva yang mengatasi rakan sepasukan Ameeshenraj Chandaran – Shamiel Haeyzad Sharulhisam dengan 11-10,11-9. – Bernama

    Atlet Kelantan bergambar bersama, selepas memenangi pingat emas Skuasy Campuran Akhir Wanita Sukan Malaysia (Sukma) di Pusat Skuasy Negara, Bukit Jalil, 23 September 2022. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...