Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    VinFast catat kerugian AS$812 juta

    HANOI, 5 SEPT – Pengeluar kenderaan elektronik (EV) Vietnam, VinFast melaporkan kerugian bersih berjumlah AS$812 juta pada suku kedua (Q2), walaupun penghantaran meningkat dengan ketara.

    Pengeluar kereta tempatan pertama negara itu di bawah konglomerat Vingroup yang dimiliki oleh orang terkaya di Vietnam menyasarkan untuk bersaing dengan gergasi EV global seperti Tesla.

    Namun ia telah bergelut untuk menembusi pasaran antarabangsa, dengan sahamnya turun naik secara mendadak sejak memulakan penampilannya di Nasdaq pada Ogos 2023.

    Hari ini, VinFast mengeluarkan keputusan kewangannya yang tidak diaudit dengan mengatakan kerugian bersih suku kedua berjumlah AS$812 juta. Ia hampir AS$40 juta lebih tinggi daripada tempoh Julai hingga September tahun lepas.

    Syarikat itu berkata ia menghantar lebih 35,800 kenderaan pada suku tersebut, peningkatan sebanyak 172 peratus. Pendapatan bagi suku tersebut berjumlah AS$663 juta, lonjakan tahunan sebanyak 91.6 peratus. Pengerusi VinFast, Thuy Le berkata keputusan Q2nya memastikan syarikat berada di pasaran untuk menggandakan penghantaran pada 2025.

    VinFast melaporkan tahun lepas kerugian bersih berjumlah lebih AS$3 bilion walaupun hampir tiga kali ganda penghantaran keretanya. Dengan hampir 400 bilik pameran di seluruh dunia, syarikat itu cuba menembusi pasaran di Asia, Timur Tengah, Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

    Namun perdagangan global telah terjejas oleh kenaikan tarif yang dilancarkan pada April oleh Presiden AS, Donald Trump. – AFP

    VinFast VF3 dipamerkan di Pameran Konvensyen Indonesia di Tangerang, Jabodetabek pada 23 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda