Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    VinFast lapor kerugian AS$2 bilion

    HANOI, 23 FEB – Pengeluar kenderaan elektrik (EV) Vietnam, VinFast semalam melaporkan kerugian bersih berjumlah lebih AS$2 bilion pada 2023 selepas sasaran jualannya meleset, walaupun pendapatan meningkat 90 peratus.

    Pengeluar kereta tempatan pertama negara komunis itu cuba menembusi pasaran antarabangsa, bertujuan untuk bersaing dengan gergasi EV global seperti Tesla.

    VinFast berkata dalam pemfailan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS bahawa jumlah pendapatannya pada 2023 ialah AS$1.19 bilion, meningkat 91 peratus berbanding tahun sebelumnya.

    Namun firma itu juga melaporkan kerugian bersih sebanyak AS$2.39 bilion, naik 14.7 peratus berbanding 2022, selepas terlepas sasaran jualan EVnya.

    “Kami melihat keputusan yang menggalakkan dalam operasi perniagaan kami pada suku keempat dengan pertumbuhan hasil yang kukuh dan margin keuntungan yang bertambah baik,” kata Anh Nguyen, Ketua Pegawai Kewangan Vinfast dalam satu kenyataan.

    “Kami kekal fokus untuk meningkatkan prestasi pelaburan dan mengukuhkan kunci kira-kira kami dengan mengurangkan kos pengeluaran dan bahan.”

    Sejumlah 34,855 kenderaan elektrik Vinfast telah dihantar pada 2023, menyumbang AS$1.09 bilion dan meningkat 111 peratus daripada tahun sebelumnya – tetapi angka itu kurang daripada sasaran VinFast sebanyak 50,000 kenderaan. – AFP

    Sebuah kereta elektrik diletak di luar bilik pameran di Hanoi pada 18 Ogos 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...