Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    VinFast sasar pasaran kenderaan EV di AS, Eropah

    HANOI, 18 OKT – VinFast dari Vietnam mempunyai impian besar untuk menjual kenderaan elektriknya ke Amerika Syarikat (AS) dan Eropah untuk bersaing dengan Tesla milik Elon Musk, tetapi ia meng-hadapi kesulitan untuk mencari pembeli bagi kereta-keretanya di negara asalnya.

    Dengan disokong oleh Vingroup, konglomerat terbesar di Vietnam, VinFast mempunyai pengiktirafan jenama yang sangat besar di negara itu tetapi sukar untuk meyakinkan pemandu bahawa kenderaan elektrik (EV) mereka boleh dipercayai dan berkualiti tinggi.

    Ngo Trong Tu, seorang ahli perniagaan berusia 31 tahun dari Hanoi, mempertimbangkan dengan serius untuk membeli EV VinFast bernilai AS$35,000, tetapi sebaliknya memilih untuk membeli Honda petrol yang diimport dengan harga hampir AS$5,000 lebih
    mahal.

    “Ia lebih selamat daripada membeli (VinFast) EV,” kata Tu kepada AFP di Hanoi.

    “Di media sosial, ramai orang mengatakan EV VinFast mereka mengalami kerosakan,” katanya.

    “Saya tidak mahu membelanjakan wang saya untuk produk yang tidak sempurna,” tambahnya. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...