Thursday, December 26, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    VinFast terima dana baharu AS$3.5 bilion

    HANOI, 12 NOV – Pengeluar kenderaan elektrik (EV) Vietnam, VinFast, akan menerima suntikan dana baharu berjumlah AS$3.5 bilion, sebahagian besarnya daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Pham Nhat Vuong, menurut kenyataan kumpulan induk, Vingroup, hari ini. Langkah ini diambil ketika VinFast berdepan cabaran menembusi pasaran antarabangsa.

    VinFast, yang merupakan pengeluar kereta tempatan pertama Vietnam, menyasarkan untuk bersaing dengan syarikat gergasi EV global seperti Tesla. Syarikat itu tersenarai di Nasdaq pada Ogos 2023 dengan harga AS$10 sesaham, namun nilai sahamnya melonjak sebelum menjunam dan ditutup pada harga AS$3.89 kelmarin.

    Vingroup dalam kenyataan medianya kelmarin menyatakan bahawa ia merancang untuk memberikan pinjaman sehingga AS$1.4 bilion kepada VinFast menjelang akhir tahun ini.

    Vuong juga akan menyuntik dana tambahan sebanyak AS$2.1 bilion ke dalam syarikat EV tersebut, selepas menyumbangkan AS$1 bilion pada April lepas.

    Langkah itu bertujuan untuk memastikan VinFast mempunyai sumber kewangan mencukupi bagi membiayai operasi, pelaburan, serta memenuhi tanggungjawab kewangan lain. Selain itu, syarikat tersebut berharap dapat mencapai titik pulang modal dan keseimbangan aliran tunai menjelang akhir tahun 2026.

    Menurut VinFast, dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, sebanyak 51,000 kenderaan elektrik telah dihantar kepada pasaran domestik. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda