Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vingegaard menang Tour de France 2023

    LONDON, 24 JULAI – Jonas Vingegaard dinobatkan juara Tour de France untuk tahun kedua berturut-turut walaupun Jordi Meeus memenangi peringkat akhir perlumbaan di Champs-Elysees menerusi photo finish, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Apabila pelumba memasuki kawasan pecut penamat, semua mata tertumpu kepada Jasper Philipsen, pemenang empat peringkat dalam jelajah itu sehinggalah Meeus melakukan henjutan dari kiri, sekali gus menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat.

    Terdapat empat pelumba bersama-sama Meeus di garisan penamat namun Philipsen terpaksa berpuas hati di tempat kedua, Groenewegen di tempat ketiga dan Mads Pedersen di tempat keempat.

    Vingegaard yang mewakili pasukan Jumbo-Visma mengesahkan kemenangannya dengan margin tujuh minit dan 29 saat mengatasi juara dua kali Tadej Pogacar, manakala pelumba Britain, Adam Yates di tempat ketiga. – Bernama

    Jonas Vingegaard (tengah) meraikan kemenangan perlumbaan berbasikal Tour de France di Paris, 23 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda