Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Virgil van Dijk perkuat Liverpool

    LONDON, 29 Dis – Kejayaan Liverpool mendapatkan khidmat Virgil van Dijk menjadikan kelab kendalian Jurgen Klopp mengakhiri tahun ini dengan suasana yang positif menjelang pertembungan dengan Leicester esok.

    Pembelian yang berharga AS$100 juta merupakan rekod dunia untuk pemain pertahanan di mana Liverpool bersetuju dengan Southampton untuk menandatangani pemain antarabangsa Belanda baru-baru ini sekali gus menguatkan lagi barisan pertahanan Liverpool.

    Sebelum mendapatkan Van Dijk, Klopp tampak berada dalam kedudukan selesa untuk berada dalam empat teratas dan kelayakan Liga Juara-Juara dengan bantuan barisan serangan yang menggerunkan.

    Jaringan 5-0 semasa perlawanan Boxing Day menewaskan Swansea menjadikan jaringan Liverpool terkumpul 12 gol dalam tiga perlawanan dan melanjutkan rekod tanpa kalah dalam 11 perlawanan.

    Gambar fail 10 Oktober 2016 menunjukkan pemain Belanda Virgil van Dijk ketika mendengarkan lagu kebangsaan sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia bermula. Perpindahan van Dijk akan menguatkan lagi barisan pertahanan Liverpool musim mendatang. – AP

    Jika bukan kerana kecuaian barisan pertahanan yang menyaksikan Arsenal berjaya menyamakan jaringan 3-3 tempoh hari, Liverpool mungkin saja berada di landasan yang selesa.

    Pemain antarabangsa Brazil, Roberto Firmino menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan manakala rakan senegaranya Philippe Coutinho mengutip tiga gol dan Mohamed Salah dua gol.

    Rembatan cantik Coutinho untuk gol pembukaan ketika menentang Swansea memberikan sebab yang kuat untuk Barcelona mendapatkan khidmat pemain Brazil itu.

    Liverpool berjaya menggagalkan tiga bidaan semasa Julai dan Ogos tetapi The Reds perlu melakukan sebaik mungkin untuk mempertahankan Coutinho sehingga akhir musim ini. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda