LONDON, 29 Dis – Liverpool menandatangani bintang Southampton, Virgil van Dijk dengan perjanjian dilaporkan bernilai 75 juta pound sterling yang sekali gus menjadikan pemain itu sebagai pertahanan termahal dunia.
Van Dijk dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool beberapa bulan lalu dan kelab Anfield terpaksa membuat permohonan maaf selepas dituduh mendekati pemain Belanda itu secara haram bagi mendapatkannya awal tahun ini.
Pengurus Reds, Jurgen Klopp kekal bertekad mendapatkan Van Dijk untuk menguatkan barisan pertahanan kelab itu yang dikatakan menjadi punca misi merebut gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) buat Liverpool gagal. (Klik di sini untuk berita lanjut)