Sunday, February 9, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Virgin Orbit memfailkan muflis

    WASHINGTON, 4 APRIL – Virgin Orbit, syarikat pelancar satelit yang diasaskan oleh Richard Branson, telah memfailkan muflis Bab 11 dan akan menjual perniagaan itu, kata firma itu dalam satu kenyataan hari ini.

    Syarikat yang berpangkalan di California itu berkata minggu lalu ia memberhentikan 85 peratus pekerjanya, sekitar 675 orang, untuk mengurangkan perbelanjaan kerana ketidakupayaannya untuk mendapatkan pembiayaan yang mencukupi.

    Virgin Orbit mengalami kerugian besar awal tahun ini apabila percubaan untuk melancarkan roket pertama ke angkasa lepas dari tanah British berakhir dengan kegagalan.

    Syarikat itu telah menganjurkan misi dengan Agensi Angkasa UK dan Cornwall Spaceport untuk melancarkan sembilan satelit ke angkasa lepas.

    Pada hari ini, firma itu berkata ia memulakan prosiding sukarela di bawah Bab 11 Kod Kebankrapan AS untuk melaksanakan penjualan perniagaan dan bertujuan untuk menggunakan proses itu untuk memaksimumkan nilai bagi perniagaan dan asetnya.

    Bulan lalu, Virgin Orbit menggantung operasi selama beberapa hari sementara ia mengadakan rundingan pembiayaan dan meneroka peluang strategik.

    “Kami percaya bahawa teknologi pelancaran termaju yang telah dicipta oleh pasukan ini akan mempunyai daya tarikan yang meluas kepada pembeli semasa kami meneruskan proses untuk menjual Syarikat.” – AFP

    Gambar fail sebuah pesawat Boeing 747-400 Virgin Orbit bersedia untuk mendarat di Pelabuhan Udara dan Angkasa Mojave di utara Los Angeles pada 25 Mei 2020. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda