Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Virgoun ‘buat’ hidung

    Nama penyanyi Virgoun sekali lagi menjadi bualan ramai meskipun kemelut rumah tangga bersama bekas isterinya iaitu Inara Rusli masih belum reda.

    Terbaharu, penyanyi berkenaan kembali mendapat perhatian ramai selepas menjalani rawatan memancungkan hidung di sebuah klinik kecantikan.

    Video itu dikongsikan sendiri oleh klinik kecantikan tersebut yang turut memaparkan proses semasa penyanyi berkenaan membuat hidungnya.

    Walau bagaiamanapun, ia mendapat respons negatif daripada warganet yang rata-rata meminta penyanyi berkenaan membersihkan tubuh badannya dahulu.

    Malah ada juga yang berpendapat Virgoun tidak perlu mengubah apa-apa kerana wajahnya akan tetap sama.

    Hidung Virgoun terlihat lebih mancung sebelum lakukan rawatan. – mStar

    “Bersihkan daki (kotoran badan) pada leher dulu sebelum nak buat hidung. Ubahlah apa pun, rupa dia takkan berubah.

    “Tengoklah muka anak pertama dia. Mak sibuk kata tak cukup duit anak sakan buat rawatan muka yang takkan berubah,” antara komen warganet.

    Pada 27 April lalu, Inara mendedahkan Virgoun berlaku curang terhadapnya sejak dua tahun lalu bersama wanita yang dikenali sebagai Austina Tenri Ajeng Anis.

    Menurut Inara, Virgoun pernah melanggan beberapa orang wanita bagi mendapatkan khidmat seks.

    Pada 5 Mei lalu, Virgoun memfailkan cerai di Pejabat Agama Jakarta Barat dengan alasan terhina teruk dimalukan oleh Inara di media sosial. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda