Thursday, July 4, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Virgoun, Inara akhirnya berdamai

    Penyanyi asal Indonesia, Virgoun dan bekas isterinya iaitu Inara Rusli akhirnya memilih jalan damai dengan menyelesaikan perselisihan faham antara mereka di luar mahkamah.

    Kedua-duanya memilih berbincang mengenai isu itu secara matang tanpa melibatkan peguam.

    Memetik laporan mStar, kesepakatan yang terjalin itu turut mendorong mereka menarik semula laporan polis yang telah dibuat.

    “Mereka sepakat menarik semula laporan polis dan akan menyatakan dokumen rasmi bahawa kini sudah berdamai,” jelas wakil peguam.

    Sementara itu, Inara memberitahu mereka kini mahu memberikan fokus untuk kehidupan masing-masing dan menyelesaikan konflik secara baik.

    Inara mahu terus bersahabat baik dengan bekas suami. – jawapos.com

    Malah mereka juga berjanji akan menjaga hubungan baik itu meskipun sudah berpisah.

    “Kami sama-sama mahu move on. Kami mahu selesaikan semua masalah dengan cepat dan fokus urusan masing-masing. Demi anak dan kelangsungan hidup, kami tidak mahu bermusuhan,” jelasnya.

    Inara sebelum ini memfailkan saman terhadap Virgoun atas dakwaan berzina ketika mereka masih bergelar suami isteri.

    Sementara itu Virgoun pula membuat laporan bahawa Inara menceroboh hak privasinya termasuk simpanan lagu-lagu yang pernah dihasilkan.

    Untuk rekod, Virgoun dan Inara sah bercerai pada 10 November tahun lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

    Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM China ajak kerjasama AI antarabangsa

    SHANGHAI, 4 JULAI- Perdana Menteri China, Li Qiang hari ini menyeru kerjasama global dan pemikiran yang lebih terbuka dalam kecerdasan buatan (AI), ketika persaingan...