SYDNEY, 31 DIS – Pihak berkuasa kesihatan di negeri kedua paling ramai penduduk di Australia, Victoria, hari ini mengeluarkan amaran berisiko tinggi selepas mengenal pasti satu kes jangkitan manusia akibat virus nyamuk berbahaya.
Jabatan Kesihatan Victoria mengumumkan satu kes jangkitan manusia yang disyaki akibat virus Ensefalitis Jepun (JE) telah dikenal pasti dalam seorang penduduk di utara negeri itu.
Ia merupakan kes pertama jangkitan virus JE, sejenis flavivirus yang boleh membawa maut dan berkaitan dengan demam denggi serta demam kuning di Victoria sepanjang musim panas tahun ini, sekali gus mengeluarkan amaran kepada orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan gigitan nyamuk. – Xinhua