Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Virus itu mengancam nyawa – Jurulatih Atalanta

    ITALI, 31 MEI – Jurulatih kelab bola sepak Itali, Atalanta mengatakan bahawa beliau pernah terkena jangkitan COVID-19 dan begitu risau dengan kehidupannya pada pertengahan bulan Mac lalu.

    Gian Piero Gasperini memberitahu Gazzetta dello Sport bahawa beliau mula berasa tidak sihat pada 9 Mac lalu, sehari sebelum Atalanta bermain menentang Valencia pada pusi-ngan kedua 16 pusingan akhir Liga Juara-Juara.

    Beliau mengatakan bahawa ketika beliau kembali ke Bergamo, yang telah menjadi pusat kepada penularan wabak, “Saya tidak demam tetapi saya berasa lemah dan seolah-olah saya mengalami demam 40 darjah (Celsius, atau 104 Fahrenheit).”

    Beliau menambah, “Setiap dua minit ambulans melintasi kerana ada hospital berdekatan. Ia seperti dalam perang. “Pada waktu malam, saya akan berfikir, jika masuk ke hospital, apa yang akan terjadi kepada saya?”

    Gasperini mengatakan bahawa beliau cepat sembuh tanpa dimasukkan ke hospital dan tidak mengesahkan beliau dijangkiti virus itu sehingga seluruh pasukan Atalanta diuji 10 hari yang lalu. – AP

    Jurulatih Atalanta, Gian Piero Gasperini memberikan arahan semasa pertandingan bola sepak kumpulan C Liga Juara-Juara antara perlawanan Atalanta dan Shakhtar Donetsk di stadium San Siro di Milan, Itali pada perlawanan yang lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda