HAVANA – Diara Garcia merupakan satu-satunya pemandu penghantaran makanan wanita yang bekerja di Mandao, sebuah perniagaan swasta yang mendapat tarikan di sini di tengah-tengah wabak COVID-19.
Oleh kerana kerajaan telah meminta orang ramai duduk di rumah semaksimum mungkin, untuk meminimumkan risiko terdedah terhadap virus, para penghantar makanan menikmati masa kejayaan mereka di pulau Caribbean ini.
Garcia kehilangan pekerjaannya sebagai bartender di sebuah restoran kerana wabak itu, tetapi sekarang dia menaiki skuter elektrik yang menghantar bungkusan makanan ke seluruh bandar.
Wanita berusia 22 tahun itu biasanya menunggu di rumah dengan bersemangat untuk mendapatkan pesanan penghantaran yang muncul di telefonnya.
“Kami memainkan peranan penting semasa kecemasan COVID-19 kerana kami menolong orang dalam keadaan susah,” katanya.
Sejak bermulanya wabak pada awal bulan Mac, restoran di ibu kota Cuba ditutup atau hanya melakukan khidmat pesanan bawa balik sahaja sekali gus mempengaruhi kehidupan harian orang ramai.
Di Havana, hampir 190,000 orang bekerja dalam sektor swasta, 160,000 di antaranya menghentikan operasi me-reka kerana wabak itu, menurut pihak berkuasa tempatan.
Mandao telah mengupah 20 kakitangan penghantaran makanan untuk menghantar makanan dari restoran, ladang dan pasar kepada pelanggan, dan semua kakitangan telah mematuhi langkah-langkah jarak fizikal yang ketat dan protokol biokeselamatan.
Di tingkat bawah sebuah bangunan pangsapuri di daerah Playa Havana yang telah berubah menjadi pejabat buat masa ini, empat pekerja mene-rima sekitar 100 pesanan sehari melalui aplikasi baharu yang dikembangkan oleh seorang pekerja.
Marta Deus, lulusan pentadbiran perniagaan di Sepanyol, mengasaskan projek aplikasi pada tahun 2019 setelah mempelajari pengalaman perkhidmatan penghantaran makanan yang berjaya di pelbagai negara, termasuk China.
“Wabak ini juga merupakan peluang untuk perniagaan kita berkembang kerana ramai orang lebih suka tinggal di rumah untuk mengurangkan risiko penularan COVID-19,” katanya, sambil menambah bahawa “kami ingin mengembangkan perniagaan kami di luar Havana.”
Memakai topi untuk melindungi dirinya dari sinar matahari, Orlando Lopez, 25, pemandu penghantaran di Mandao, mengatakan bahawa ramai orang muda ingin memulakan perniagaan untuk membantu negara memberikan perkhidmatan yang lebih baik.
“Pada masa akan datang, saya ingin menjalankan perniagaan saya sendiri, mungkin untuk mengendalikan gim,” katanya. “Tetapi buat masa ini, saya akan terus menaiki skuter saya untuk menghantar makanan kepada para pelanggan.”
Perkhidmatan penghantaran makanan terus menjangkau ribuan orang di Cuba semasa wabak tersebut.
Antaranya ialah penduduk Paula Canal, yang bergantung kepada jentera pekerja penghantaran makanan untuk makan siang atau malam.
“Perkhidmatan penghantaran makanan membantu orang menjimatkan masa dan mengelakkan barisan panjang. Perniagaan ini sangat dialu-alukan,” katanya. – Xinhua